PENGINAPAN, JALAN SENI & DESTINASI

Published
05/10/2016 by

Tidak dinafikan Melaka sudah terkenal menjadi destinasi pelancongan di kalangan warga tempatan dan warga asing. Di dalam bahagian pertama pada minggu lepas, kami telah menyenaraikan lokasi-lokasi kafe hipster yang anda boleh kunjungi untuk berehat dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

Minggu ini, kami senaraikan pula  sebab atau faktor lain mengapa Melaka menjadi destinasi percutian dan pelancongan anak muda yang kini menggilai trend hipster.

 

PENGINAPAN UNIK DAN HIP BOUTIQUE HOTEL MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI DARIPADA PELANCONG

 

Boutique hotel pada asalnya mula diperkenalkan di bandar-bandar besar seperti London, New York dan San Francisco pada sekitar tahun 1980an hanya mempunyai 10 hingga 100 buah bilik . Walaupun hotel kecil, namun bangunan dan rekaannya lain dari yang lain. Unik , ekslusif, mewah dan dibina dikawasan elit.  Kemudiannya, hotel-hotel seperti ini telah menular ke negara-negara lain termasuklah Malaysia. Walaupon kebanyakan harga bilik penginapannya sedikit mahal daripada hotel mewah yang lain, namun ia sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pengunjung kerana keunikannya.

 

Kini, trend boutique hotel  masih ada namun beberapa pengusaha masa kini menjadikannya lebih unik dan hip dan mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada anak-anak muda. Rekaan luaran dan deko dalaman yang menampilkan unsur-unsur anak muda  menarik perhatian mereka yang datang ke Melaka semata-mata untuk merasai pengalaman tersebut bersama rakan-rakan. Daya penarik penginapan seperti ini digayakan dengan tema-tema tertentu dengan penataan hiasan dalaman yang sangat unik dan berbeza. Setiap bilik ditatarias dengan karakter tersendiri seperti rustic, klasik, vintage, elegan dan mewah. Ada juga menggunakan bahan-bahan seperti kayu, batu-bata yang dibiarkan tanpa disimen, besi dan konkrit yang terdedah,  perabot-perabot lama yang dicat semula, tayar kereta, dan lain-lain lagi mengikut kreativiti pemiliknya.

 

Begitu juga dengan lain-lain penginapan seperti resort, chalet dan homestay yang kini menggabungkan unsur moden tradisional. Penginapan desa tetapi bertaraf antarabangsa. Kini banyak penginapan peribadi dikhaskan untuk pengunjung yang inginkan lokasi privasi percutian di Melaka untuk bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan seperti Limastiga di Umbai, Desa Balqis di Kuala Sungai Baru dan Desa Damai di Pengkalan Balak. Selain mempunyai kemudahan yang lengkap, pelbagai aktiviti riadah boleh diadakan di sini.

 

Untuk mendapatkan foto yang supercool dan ala inggeris, anda kini tidak lagi perlu membazirkan wang yang banyak semata-mata untuk bergambar di chalet berwarna-warni  yang terdapat di Australia. Kini Masbro Village di Paya Rumput menawarkan penginapan dengan rekabentuk segitiga dengan landskap dan kelengkapan ala inggeris dan menarik perhatian ramai pengunjung dari serata Malaysia.

 

Bagi menambah kelainan, 40 buah bas-bas lama yang terbiar telah dijadikan hotel ekslusif 2 bilik di Pantai Klebang. Bustel ini hanya terdapat di Melaka dan telah mendapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

 

Penginapan kini bukan sahaja sekadar untuk bermalam, namun menjadi lokasi anak-anak muda untuk berkongsi pengalaman di media sosial dengan gaya foto yang hipster. Ada juga kebanyakan jurufoto menggunakan lokasi hotel-hotel seperti ini sebagai lokasi penggambaran model atau merakam foto perkahwinan. Yang pastinya, suatu pengalaman berbeza dapat dirasai oleh pengunjung yang tidak dapat diperolehi di hotel-hotel biasa yang lain.

 

Dibawah, kami senaraikan beberapa Hip Boutique Hotel  dan Penginapan Unik yang terdapat di Melaka

Hip Boutique Hotel

  1. 45Lekiu – Jalan Hang Lekiu
  2. The Stable Malacca – Jalan Hang Kasturi
  3. The Rucksack Caratel – Jalan Banda Kaba
  4. Opposite Place Malacca – Jalan Hang Lekiu
  5. Ramarama Designer Boutique Hotel – Taman 1Lagenda
  6. The Neem Boutique Hotel – Jalan Parameswara
  7. Vintage Eleven – Jalan Tokong
  8. JW Hotel Melaka – Taman 1Lagenda

 Homestay, Chalet & Resort

  1. Limastiga Melaka – Jalan Paya Dalam, Umbai
  2. Desa Balqis – Jalan Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi
  3. Desa Damai Chalet - Pengkalan Balak
  4. Cyclamen Cottage – Kampung Kolam Limbongan

 Penginapan Unik

  1. Bustel Klebang Melaka – Pantai 1Malaysia, Klebang
  2. Masbro Village – Paya Rumput

 

 

JALAN SENI

 Seni dinding unik 3D yang dilukis oleh sekumpulan anak seni di Melaka menjadikan Jalan Hang Kasturi di Jonker Walk amat popular di kalangan pelancong asing dan tempatan. Lukisan mural terbesar My Kliehl Heritage di Jonker Walk yang diinspirasikan oleh bangunan-bangunan bersejarah di Melaka seperti A’Famosa, Masjid Kampung Kling dan bunga kesidang juga kini menjadi lokasi wajib bagi anak muda.

 

LOKASI SANTAI

Selain tarikan produk pelancongan, terdapat beberapa tarikan popular di Melaka yang menjadi kegemaran anak-anak muda mengabadikan saat-saat indah mereka di Melaka dan muat naik ke instagram dan hashtag #mymelakamoment. 

Kita kan @fabulousmelaka!

 

Lokasi-lokasi

  1. Sungai Melaka
  2. The Pirate Adventure, Melaka Alive
  3. The Shore Sky Tower
  4. Padang Pasir Pantai Klebang
  5. Muzium Kapal Selam
  6. Matahari terbenam di Muara Sungai Melaka dan Pantai Puteri
  7. Masjid Selat Melaka